Selamat malam semua (^_^)
Selamat berhujung minggu ye. Hari ni Lynn busy sangat sampai tak sempat nak online and update blog. Yela...pepagi je lepas bangun tido, terus kemas umah. Sapu umah, lap habuk dan mop satu rumah. (Nasib baiklah kecik je umah ni). Sebenarnya bukan rajin sangat pun.....buat2 rajin je. Hehehehe.......
Lepas kemas umah...aktiviti setiap minggu, bagi tuisyen kat Amna, anak jiran Lynn. Cikgu serba boleh katanya....semua subjek Lynn dah master. Nasib baikla Amna tu darjah 2 klulah tingkatan 2 jenuh gaklah nak memahami silibus form 2. Tapi tweet tetap update ye, lagi-lagi Facebook. So ape lagi jomla kite berfacebook and bertwitter.
Ari ni, Lynn nak tanya korang....ape pendapat tentang bibir? Penah tak tengok bibir Angelina Jolie. Bibir ni penting tau. Lynn punye bibir sekarang tak berapa ok sangat sebab sekarang ni asyik mengelupas je. Al-maklumlah panas dan sekarang ni tengah ligat ganti posa. Kan tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. U ols dah habih ganti ke lum??? Blum habis.....tak bleh raya tau.
Lynn nak share ngan uols macam mana nak kekalkan bibir kemerah-merahan dan cantik seperti Angelina Jolie.
Antara tips yang boleh digunakan ialah :
- Ambil dua titik madu lebah asli kemudian sapukan dua titik madu lebah asli tersebut pada seluruh bahagian bibir setiap malam sebelum tidur dan amalkan tips ini dengan melakukan setiap hari.
- Ambil sedikit getah pokok sena kemudian sapukan getah pokok sena yang berwarna merah tersebut ke tempat yang mengalami rekahan di bibir, lihat dalam masa dua hari luka rekahan di bibir itu pasti akan sembuh seperti biasa.
- Pati susu juga boleh dijadikan bahan untuk mengekalkan kemerahan bibir.Caranya sapukan pati susu pada bibir setiap hari dan biarkan ia kering dengan sendirinya.Insyallah bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan kelak.
- Terakhir bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan.
Selamat mencuba ye uols......jangan lupe update klu dah cuba buat tips ni.
(^-^) (^-^) (^-^) (^-^) (^-^)




Nasi Tomato Mama Airi

Tips : Kekalkan Bibir Berwarna Merah













0 comments:
Post a Comment
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
.SATU pun jadi lah ! hehe.