Saturday, 1 December 2012

AkTiViTi SePanJanG CuTi....



Salam ....... (^ ^) 

Selamat berhujung minggu semua.  Rasanya dah lama tak update blog ni. Bukan ape sekarang ni kan tengah cuti. Jadi ape lg pergi la berjalan-jalan dengan Cuti-cuti Malaysia. 

Mula-mula, Lynn dan hubby gi tempat yang banyak binatang. Ce teka ce teka....mesti korang dah tau kan. Tepat sekali Zoo..... Zoo Taiping. Punyela jauh Lynn gi zoo sampai ke Taiping. 



Ape yang special sangat sampai kitorg gi jejauh ialah Night Safari.  My hubby la yang excited sangat nak pergi ke Night Safari. Yela die adelah peminat setia National Geographics. 


Mula-mula sampai.....terkezut kitorang yang ramai sangat pegi Night Safari ni walaupun malam-malam. Kebanyakan nyer datang ngan famili. Kitorang je yang datang sana tuk honeymoon.... Kah kah kah.... Honeymoon tuk pengantin yang lama. 

Buat sesiapa yang tak penah pegi Zoo Taiping, kat sini Lynn ade bagi detail tuk masa operasi dan harga tiket untuk masuk ke dalam. 

Zoo Taiping - dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am dari 8.30  pagi hingga 6.00 petang. Tiket masuk RM 12 (dewasa) dan RM 8 (kanak-kanak)

Night Safari - dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am dari 8.00  malam hingga 11.00 malam. Tiket masuk RM 16 (dewasa) dan RM 10 (kanak-kanak)

Lion


Masa we uols kat sana....kitorg cume naik tram. Yela penat nak jalan kaki tau. Jauh tu.....2.5 km. 


Kat depan tiket kaunter adelah beberapa binatang yang telah diawetkan. Ape lagi Lynn amikla tu untuk berposing ngan diorang. Antaranye buaya, kerbau, harimau, badak sumbu, orang hutan dll. Tapi yang Lynn nak share ngan korang.....gambar nila. 






Lynn rasa setakat nila aktiviti yang Lynn nak share ngan uols semua. So ape lagi uols pegila Zoo Taiping. Tak susah pun....guna je Tol Plus ke arah Bukit Kayu Hitam. Then kuar kat exit tol Kamunting/Taiping. Dari exit tol tu...uols terus je sampai la jumpe Zoo Taiping kat sebelah kanan. And then enterla Zoo Taiping entrance. 

Mari cuti-cuti Malaysia.....

(^i^) (^i^) (^i^) (^i^) 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lynn Ainz ! Like Kalau Suka ! ♥

0 comments:

Post a Comment

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
.SATU pun jadi lah ! hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...