Sunday, 30 December 2012

Nasi Tomato Mama Airi





Salam 1 Malaysia...

Bangun je pagi tadi, my hubby dah bagitau yang die teringin nak makan 'Nasi Tomato'. So ape lagi sepantas lipas kudung dan selincah rusa....Lynn prepare barang nak buat nasi ni. Kat sini,  Lynn  ade sharekan resipi nak buat Nasi Tomato Ainz.....


 


Pertama sekali : Nasi Tomato 

 


Bahan-Bahan: 

2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga 2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato sos 


Cara: 

1. Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. 
2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. 
3. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. 
4. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. 
5. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.



Kedua : Ayam Masak Merah 



Bahan-Bahan: 

Bahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar

300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa 
1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak 


Cara: 

1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. 
2. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 
3. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.


Apa tunggu lagi.....selamat mencuba ye. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lynn Ainz ! Like Kalau Suka ! ♥

Monday, 24 December 2012

Tips : Cuci Barang Kemas







.Assalamualaikum !
(!) ^_^v

Heyy u ollss . Ececeh . Malam ni , Lynn nak bagi tips sikit macam mana nak barang kemas korang tu kelihatan lebih bersinar-sinar . HAHA :) Ada barang kemas tak ? Kalau tak ada , mak , kakak, adik, anak buah, nenek, makcik jiran sebelah rumah sah ada . Ajar lah diorang guna cara ni . Memang berkesan okeh :) Muehehe~.  Lynn  dah cuba....selagi bernama emas mesti boleh punye. Langkah ye sikit je tapi hasilnye lumayan tau.....Lets we go.. :))))



1. First , masukkan barang kemas korang ke dalam satu bekas . 

2. 1 sudu besar pencuci pinggan "Sunlight" . Bukannye matahari tau....sunlight pencuci pinggan tu. Jangan ingat sunlight hanya untuk guna cuci pinggan je ye . Nak bagi emas bersinar pun boleh . HAHA . Tak tahu menatang apa Sunlight tu ? Tengok ni haaaaa :



3. Lepas tu , masukkan air panas ke dalam bekas tersebut separas dengan barang kemas korang .

4. Rendam dan biarkan selama 20 minit . Macam ni :





5. Selepas 20 minit , ambik barang kemas korang tu ... Beruskan satu arah dengan menggunakan berus gigi yang tak digunakan lagi . Kalu yang dah guna, terpaksala korang beli yang baru untuk berus gigi malam nanti. 

6. Bilas dengan air biasa .

7. Letakkan di atas kain untuk dikeringkan . 


HEHE . Dah ? Percaya lahhh . Barang kemas korang akan kelihatan "blink-blink" gitu . Cubalah tauu. Emas/emas putih ... dua-2 boleh :)


=Selamat Mencuba!= hehe

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lynn Ainz ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday, 19 December 2012

Tips : Kekalkan Bibir Berwarna Merah




Selamat malam semua (^_^)


Selamat berhujung minggu ye. Hari ni Lynn busy sangat sampai tak sempat nak online and update blog. Yela...pepagi je lepas bangun tido, terus kemas umah. Sapu umah, lap habuk dan mop satu rumah. (Nasib baiklah kecik je umah ni). Sebenarnya bukan rajin sangat pun.....buat2 rajin je. Hehehehe.......


Lepas kemas umah...aktiviti setiap minggu, bagi tuisyen kat Amna, anak jiran Lynn. Cikgu serba boleh katanya....semua subjek Lynn dah master. Nasib baikla Amna tu darjah 2 klulah tingkatan 2 jenuh gaklah nak memahami silibus form 2. Tapi tweet tetap update ye, lagi-lagi Facebook. So ape lagi jomla kite berfacebook and bertwitter. 





Ari ni, Lynn nak tanya korang....ape pendapat tentang bibir? Penah tak tengok bibir Angelina Jolie. Bibir ni penting tau. Lynn punye bibir sekarang tak berapa ok sangat sebab sekarang ni asyik mengelupas je. Al-maklumlah panas dan sekarang ni tengah ligat ganti posa. Kan tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. U ols dah habih ganti ke lum??? Blum habis.....tak bleh raya tau. 


Lynn nak share ngan uols macam mana nak kekalkan bibir kemerah-merahan dan cantik seperti Angelina Jolie. 




Antara tips yang boleh digunakan ialah :

  1. Ambil dua titik madu lebah asli kemudian sapukan dua titik madu lebah asli tersebut pada seluruh bahagian bibir setiap malam sebelum tidur dan amalkan tips ini dengan melakukan setiap hari.
  2. Ambil sedikit getah pokok sena kemudian sapukan getah pokok sena yang berwarna merah tersebut ke tempat yang mengalami rekahan di bibir, lihat dalam masa dua hari luka rekahan di bibir itu pasti akan sembuh seperti biasa.
  3. Pati susu juga boleh dijadikan bahan untuk mengekalkan kemerahan bibir.Caranya sapukan pati susu pada bibir setiap hari dan biarkan ia kering dengan sendirinya.Insyallah bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan kelak.
  4. Terakhir bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan.


Selamat mencuba ye uols......jangan lupe update klu dah cuba buat tips ni. 

(^-^) (^-^) (^-^) (^-^) (^-^) 





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lynn Ainz ! Like Kalau Suka ! ♥

Thursday, 6 December 2012

Ayam Goreng Berempah







Salam 1 Malaysia.....

Apa kaba semua? Mesti semua dah get ready nak tido kan. Tapi Lynn masih ade di depan lappy ni. Mata tak ngantuk la plak....so ape lagi macam biasala  Lynn  nak share resipi masakan kat korang semua. Nak kata  Lynn  ni suke masak...memang pun. Jarang makan kat kedai sekarang ni, semenjak ade peristiwa pahit dulu. (Macam lagu pulak daaa.....) Ari ni  Lynn  nak share resipi yang wajib kalau kite gi kedai makan  mana-mana pun. Ayam Berempah....makanan favourite hubby  Lynn . Jom kite terjah sesama resipinya....

 

Bahan-Bahan: 

1/2 ekor ayam
Serbuk kunyit

Garam secukup rasa


Bahan kisar: 


2 biji bawang besar
1 cm lengkuas
2 batang serai
1 cm halia
1 ulas bawang putih

Cara- cara :


1. Satukan bahan-bahan kisar & bahan utama. Lomor rata-rata ke atas ayam   & ketepikan selama 3-4 jam. 
2. Pijarkan minyak diatas api yang besar. 
3. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.
4. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih....so bolehla jadi nasi ayam kukus. 




Selamat mencuba ye.....



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lynn Ainz ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...