Friday, 30 November 2012

Adnan Sempit 2




Salam semua..


 

Selamat pagi semua. Baru lepas layan cte Adnan Sempit 2. Cite tu best ar...ade kesinambungan (skema gile ayat  Lynn ) dari Adnan Sempit. Tak payah Lynn  membazir duit tengok wayang...online kan ada. Download je,after that tunggu ar settle download. Bile dah settle,barulah Lynn  boleh tengok.

So far cite tu memang kelakar. Lagi-lagi ade shaheizy sham.....layan. Sape-sapa yang teringin nak tengok bolehla download video ni online ye. Kat you tube ke....atau pun web mana-mana la.

 

Inilah antara adegan yang  Lynn  suke...menarik. Tambahan pula pelakon yang berlakon tu nampak macam spontan je. 

 


 


 

Ada sorang tu pelakon baru....boleh tahan gak. Namanya eila. Tak sangka  Lynn  yang perempuan pun boleh jadi mat rempit macam tu. Ops salah bukan mat rempit tapi minah rempit. Power ar die handal motor yang terpusing-pusing tu. 


 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lynn Ainz ! Like Kalau Suka ! ♥

Saturday, 24 November 2012

Rice Cooker Digital Timer







Salam semua....

Lynn rindula ngan korang semua. Yela rasanya dah lama tak update blog ni. Bukan tak nak update cume tak de banyak masa je. Balik je keje....perkara utama yang akan dibuat ialah TIDUR!!!!. Kahkah.....mcm penting je bunyinye kan. 

Kalo korang tengok kat wishlist  Lynn  tu..... Lynn  nak beli periuk nasi Panasonic Digital Timer. Yelah, periuk yang bagus. Paling penting nasi tak cepat basi kan. Sebab  Lynn  bawak bekal ari-ari gi keje (macam budak sekolah plak kan)....nak wat macam ne.  Lynn tak berapa suka makan kat kantin sekolah....bukannye sedap sangat pun. Yang paling penting tak bazirkan masa, kan MASA ITU EMAS. Hehehe.....

Last month,  Lynn  ada bgtau hubby Inda pasal rice cooker ni. Cakap ngan die yang  Lynn  nak kumpul duit sebab nak miliki rice cooker ni. Then hubby tanya, ape yang best sangat....ape lagi  Lynn  storyla kat die macam yang  Lynn  story kat korang ni. 

periuk lame@ old skool tenggek atas api

Korang Pernah dengar Ungkapan 'Lagi Besar Periuk Nasi, Lagi Banyak Keraknya...' So inila periuk nasi zaman dulu......Kalo zaman dulu punye banyak kerak lepas masak. Sebelum nak makan tu kena pastikan tak cedok keraknye sekali.  Kalu tak memang tak abihle makan nampaknye. 



Periuk Baru canggih gitu pakai digital timer agik!

Tapi dengan adenye periuk jenis ni,  Lynn  tak payahla risau lagi sebab periuk ni tak tinggalkan kerak langsung. Tu yang best tu.....

Periuk nasi ni memang best ar..... Lynn  memang nak pakai yang canggih2 je. Al maklumlah generasi canggih. Tapi yang sebenarnya  Lynn  memang dah ade banyak rice cooker yang biasa2 tu. Cume yang ni je tak der lagi. 

So harap-harap, bulan depan dapatla rice cooker ni. Blehla guna untuk bulan puasa tak lama lagi ni. Senang sikit nak masak n nasi x cepat basi. 

Sayonara.....jumpe lagi dalam next entry.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lynn Ainz ! Like Kalau Suka ! ♥

Friday, 16 November 2012

Tutorial : Letak Kempen ChurpChurp Dalam Blog



Salam Satu Malaysia....


I mahu promote ChurpChurp kali ini. So apalagi jangan segan-segan jenguk entri ini.Beberapa perubahan telah I lakukan di dalam blog ni. So today, I nak share knowledge yang I ade ngan u all macam mana nak letakkan kempen ChurpChurp dalam blog anda seperti kat bawah tu.


Jika anda belum mendaftar, sila klik Saya Nak Jadi Churper Gak…

Ni step yang u all kena ikut ek :

1. Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Copy and paste kod di bawah di ruangan html tuh..


<a href="http://my.churpchurp.com/e-perhiasandiri/share/DewMore" target="blank"><img src="http://cdn.main.churpchurp.com/buzz/img/7461/9412.jpg" width="70" height="70" /></a>


* Yang warna MERAH tu , korang tukar kan ler dgn URL kempen sendiri.

* Yang warna BIRU tu , korang tukar kan ler dgn URL image kempen sendiri.

*  Ubah width and height mengikut kesesuaian gambar.



3. Save  . Siap ^_^. Sila drag gadget ke bahagian yang anda suka nak letak ChurpChurp ni.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lynn Ainz ! Like Kalau Suka ! ♥

Sunday, 4 November 2012

Apam Polkadot





Salam 1 Malaysia 


Lynn dah lama teringin nak share resipi buat apam polkadot yang comel ini. Baru je jumpe resipi apam polkadot ini dari almari buku  Lynn . Apalagi teruslah  Lynn  copy untuk share kat dalam blog ni untuk rujukan  Lynn  nanti manala tau resipi ni hilang kan. Adala jugak back-up dalam blog ini. Resipi apam polkadot ini bukanla susah sangat pun dan sememangnya mudah untuk disediakan selagi ada kerajinan untuk mencuba.


Bahan-bahan (50 biji apam)

275 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder 
3 biji telur gred A (disejukkan dalam peti sejuk)
200 gm gula castor
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh vanilla esen
150 ml susu fresh milk
filling samada strawberry/coklat/red bean


Cara-cara Penyediaan

1. Ayak tepung dan baking powder.
2. Pukul telur dan gula dengan kelajuan maksima selama 10 minit.
3. Masukkan tepung dan susu berselang seli dan putarkan sehingga rata.
4. Masukkan ovalette dan vanilla.
5. Pukul ovallette hingga gebu. 
6. Bahagikan adunan kepada 3 @ 4 bahagian dan titiskan warna mengikut pilihan anda suka (warna jangan terlampau banyak....kalu tak kuih tu akan jadi warna pekat sampai lekat warnanya kat lidah).



7. Masukkan adunan ke dalam piping beg. 
8. Setelah siap, picitkan adunan ke dalam cup cake sehingga separuh. 
9. Masukkan filling yang anda suke ke dalam acuan tu. 
10. Picitkan adunan sehingga memenuhi cup cake tu....lebih sesuai dengan gunakan acuan lompang.  


11. Buat dot-dot dengan warna yang anda suke.
12. Akhir sekali, kukus adunan dalam periuk kukus selama 10-15 minit dengan api yang perlahan. 




Pesanan

1. Jangan pasang kipas ketika buat apam polkadot ni, kalu tak angin akan masuk ke dalam adunan. So...apam takkan naik dengan gebu.
2. Bungkus tutup periuk kukus dengan kain bagi mengelakkan air kukusan menitis ke dalam adunan. 
3. Setelah siap kukus, masukkan dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan polkadot masuk angin. Kalau dah masuk angin...apam akan jadi keras. 




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lynn Ainz ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...